Jawatan Kosong Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)


Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan untuk mengisi SEGERA kekosongan jawatan seperti berikut :
  • Jawatan : Eksekutif
  • Taraf Jawatan : Kontrak (Staf Sementara)
  • Tempoh : Tiga (3) bulan
  • Gaji Pokok : RM1,540.00 sebulan

Syarat Lantikan

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(1) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(2) Ijazah sarjana muda daripada institusi-institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(3) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keperluan Tambahan

Kelebihan kepada calon sekiranya —

(1) berkemahiran menggunakan aplikasi Microsoft Office (MS Word dan Excel) serta Google Form untuk pengendalian soal selidik;

(2) mempunyai pengalaman atau kemahiran dalam membuat kajian pasaran;

(3) berkebolehan untuk bekerja dalam pasukan serta di bawah pengawasan yang minima; dan

(4) berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.


Deskripsi Tugas

(1) Membantu mengenal pasti senarai responden yang berkaitan serta menyediakan pengkalan data bagi tujuan kajian pasaran program-program Open and Distance Learning (ODL);

(2) Mengedarkan soal selidik kajian pasaran program-program ODL;

(3) Membuat follow-up terhadap responden kajian pasaran bagi mendapatkan maklum balas;

(4) Mengumpul data kajian pasaran serta membuat analisis terhadap maklum balas yang diperolehi;

(5) Menyediakan laporan kajian pasaran program-program ODL; dan

(6) Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Prosedur Permohonan

Pemohon hendaklah mengemukakan salinan resume bergambar yang mengandungi kelayakan akademik dan pengalaman kerja serta dokumen-dokumen sokongan yang relevan melalui e-mel kepada career_bpsm@umcced.edu.my


Tarikh Tutup Permohonan : 09 November 2021


(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemohon yang telah menunjukkan minat dalam organisasi kami. Walau bagaimanapun, hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga. Kepada pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan, sila anggap bahawa permohonan anda tidak berjaya).