Lima Aneka Resepi Berasaskan Labu

 





A) Labu Goreng Rangup


1/2 labu kuning saiz kecil, buang kulit dan hiris nipis.

Bahan Bancuhan Tepung :

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • Sedikit garam


Cara Masak:

  1. Gaul kesemua bahan di atas dan tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapatkan bancuhan yang sederhana pekat.
  2. Celupkan labu yang dihiris nipis tadi, goreng hingga kecoklatan dan garing.
  3. Hidangkan panas-panas bersama kopoli atau teh-O.


B) Resepi Koci Labu Bersantan


Bahan - bahan :

  • 3 cawan tepung pulut
  • Labu ( guna separuh saja )
  • 1 sdk garam
  • Air secukupnya


Cara Penyediaan :

  1. Kukus labu sehingga empuk. Sejukkan seketika.
  2. Satukan labu yang disejukkan bersama tepung pulut dan garam. Uli seketika untuk sebatikan saja.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.


Cara Masak :

Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah dibulat-bulatkan. Bila doh dah terapung, maknanya doh dah cukup masak. ( Macam masak kuih onde-onde ).


Inti :

  • 1 1/2 cawan kelapa parut ( ambil putih saja ).
  • Gula melaka / merah ( saya guna sebiji 1/2 gula kabong ).
  • 2 sdb gula pasir.
  • Air setengah cawan untuk larutkan gula.
  • 1 sdb tepung gandum dicampur dengan sedikit air ( tujuan untuk pekatkan inti ).


Cara Masak :

Masukkan air dan gula merah @ gula kabong, masukkan gula pasir, biarkan gula mendidih bersama air sehingga larut, kemudian masukkan kepala parut. Akhir sekali masukkan tepung yang telah dilarutkan dengan sedikit air tadi. Biarkan kering sekejap, kemudian sejukkan seketika ( kerana saya suka sedikit basah pada inti tersebut ).


Santan Cair :

  • 2 cawan saya tambah sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • 3 sb tepung beras.
  • Sedikit garam.


Cara Masak :

Satukan semua bahan. Kena sentiasa kacau. Masakkan dengan api perlahan hingga pekat. Kemudian dah boleh masukkan koci yang telah direbus tadi ke dalam adunan santan. Seterusnya boleh mula membungkus koci.


Sedikit Tips Untuk Membungkus Kuih Koci :

  1. Semasa nak bungkus koci, sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.
  2. Kemudian ambil doh yang dah dimasukkan ke dalam santan tadi menggunakan sudu letak di tengah-tengah daun pisang.
  3. Lipatkan daun pisang ( Cara melipat daun itu boleh rujuk youtube atau mana-mana sumber )
  4. Dah siap lipat, panaskan air dalam kukusan. Pastikan air betul-betul mendidih dengan api perlahan. Kukus kuih koci selama 7 minit supaya aroma daun pisang naik. Siap untuk dihidangkan.


C) Lepat Labu Resepi Mak Mak


Bahan - bahan :

  • 2 cawan labu ( lenyek )
  • 1 1/4 tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan ( tak penuh )
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sk garam


( Mix hingga sebati )


Inti :

  • Kelapa muda + sedikit garam


  • Daun pisang


Setelah itu, bolehlah dilepat seperti biasa


D ) Muffin Labu


Bahan - bahan :

  • Tepung gandum 1 1/2 cawan ( campur sekali baking powder & baking soda )
  • Labu 1 cawan
  • Gula halus 1 cawan ( boleh dikurangkan ikut citarasa )
  • Kacang walnut 1 /2 cawan ( boleh tukar dengan kacang lain )
  • Minyak jagung 1 /2 cawan
  • Telur 2 biji
  • 1/2 camca serbuk kayu manis & pala sedikit air.


Cara Masak :

  1. Pukul telur & gula
  2. Masukkan minyak, labu yang telah direbus dan bahan - bahan lain
  3. Masuk dalam acuan & bakar dengan suhu 180c, hingga masak.



E) Cucur Labu Manis


Bahan - bahan :

  • 300 gm labu manis ( lebih kurang 1/2 biji labu saiz kecil, potong dan kukus/rebus hingga lembut, kemudian lecekkan )
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sdt baking powder
  • 1 sdt yis mauripan
  • 1/2 sdt garam


Cara Masak :

  1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas, gaul rata. Masukkan labu yang dilecek. Gaul guna senduk sebab labu panas.
  2. Bila sudah sedikit sejuk, baru guna tangan. Tutup dan biarkan dalam 1/2 jam, sampai agak kembang sedikit.
  3. Goreng dalam minyak penuh. Guna api kecil untuk dapatkan tekstur kulit luar cucur labu garing rangup.





SELAMAT MENCUBA!