Resepi Takoyaki Bajet Makan Sekeluarga

RESEPI TAKOYAKI ( 26 - 30 BIJI )

Kredit : Rosmaliza Omar


Bahan - bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sdb tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 3/4 cawan air
  • 1 sdb serbuk stok ayam
  • 1 sdt garam
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdt baking powder


Cara Penyediaan :

  1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar.
  2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.
  3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
  4. Sediakan bahan inti pula.


Bahan Inti :

  • Sotong/udang/crab stick/sosej
  • Daun bawang - hiris nipis
  • Kubis bulat dihiris halus
  • Carrot diparut halus


Cara Masak :

  1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
  2. Curahkan lagi adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
  3. Letakkan inti sotong/udang/crab stick/sosej di setiap lubang.
  4. Taburkan carrot, daun bawang dan kubis.
  5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
  6. Pusingkan bebola takoyaki itu sampai dapat bentuk bebola ( adunan yang berlebih-lebih itu sumbat masuk dalam lubang acuan )
  7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
  8. Renjiskan dari masa ke masa minyak masak di celah-celah acuan.
  9. Teruskan sampai nampak garing.
  10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
  11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas.


Bahan Hiasan Atas :

  • Sos takoyaki ( resepi sos di bawah )
  • Mayonis
  • Bonito flake 


Cara Hias :

  1. Drizzle sos takoyaki
  2. Drizzle mayonis
  3. Taburkan bonito flakes


Resepi Sos Takoyaki 

Bahan - bahan :

  • 1 cawan sos cili
  • 4 kuntum cendawan shitake kering
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan kicap kipas udang
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 hiris halia
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1/2 cawan gula


Cara - cara :

  1. Campur semua bahan dalam periuk.
  2. Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
  3. Sejukkan sos.
  4. Masukkan ke dalam botol susu untuk mudahkan drizzle.




Selamat Mencuba!