Pembayaran Fasa 3 BSH 2020 Mulai 24 Julai 2020


Makluman kepada semua pemohon BSH 2020, pembayaran Fasa 3 bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020 bersamaan dengan hari Jumaat ini. Bayaran akan dilakukan secara berperingkat.

Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank tetapi layak menerima BSH, anda boleh menuntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia  sehingga 31 Disember 2020.

Perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut :

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.


Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran Fasa 3 BSH 2020.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benarbenar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020. 

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM. 

Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre - UTC).

Klik link di bawah untuk semakan status permohonan & pembayaran BSH 2020 :
https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama