4 Jenis Aneka Resepi Sotong Simple

resepi-sotong-simple

1. RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT TELUR


Bahan-bahan

  • 1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah

Cara-cara memasaknya

Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.

Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.

Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya.


Bahan-bahan :

  • 4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
  • 2 helai daun limau purut
  • 400 ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kerisik
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secuup rasa

Bahan kisar sebagai pes rempah :
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering rebus
  • 5 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara memasaknya

Kisar bahan kisar sehingga sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.

Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.

Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.

Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jadi agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.

Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!


2. RESEPI SOTONG GORENG SERAI BERSANTAN

Bahan-bahan

  • 600 gm Sotong segar
  • 20gm Serbuk Santan
  • 3 ulas Bawang putih - di hiris halus
  • 6 Ulas Bawang kecil - dhiris halus
  • 4 helai Daun limau purut - dihiris halus
  • 2 btg Serai - dihiris halus
  • 8 biji Cili padi - dititik
  • 2 biji Air limau nipis
  • 10 helai Daun ketumbar
  • 2 sudu makan Sos ikan Thai
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 4 biji Cili hijau - dihiris
  • 4 sdm Sos tiram
  • 2 sudu makan Cili merah - dihiris
  • Garam secukup rasa


Cara-cara memasaknya

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan kacau hingga sebati.

2. Masukkan daun limau purut, cili padi, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, cili merah, air limau nipis dan kacau selama 2 minit. Masukkan Santan

3. Kacau selama 4 minit lagi dan masukan cili hijau dan garam secukup rasa.

4. Hias dengan daun ketumbar dan cili merah.


3. RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT PEDAS

Bahan-bahan

  • 600 gram sotong saiz sederhana, dibersihkan
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca teh garam
 (ditumbuk dan gaul rata dengan sotong), perapkan selama 30 minit

  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 camca besar penuh cili kisar
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 camca besar tepung jagung
  • Sos ikan secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan


Cara-cara memasaknya 

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kacau rata, masak hingga naik minyak. 

Sementara itu masukkan tepung jagung ke dalam sotong yang telah diperap tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam kuali dan kacau.

Masak hingga sotong berubah warna. Tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika kurang masin, boleh masukkan sos ikan secukup rasa. 

Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain..



4. RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:

  • 1 Kg Sotong Putih
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 batang cili merah - dihiris
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Sedikit kicap
  • Sedikit sos tiram
  • Bahan perasa/garam

Cara-caranya memasaknya

1. Sotong di basuh dan di bersihkan. Kemudian di gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. 

2.Potong belat ubi kentang dan goreng 1/2 masak. Angkat.

3. Goreng sotong 1/2 masak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah, kicap dan sedikit serbuk perasa/garam dan sos tiram. 

Masak kira-kira 5 minit kemudian boleh lah di angkat.


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama