Resepi Ayam Percik Simple

 


Bahan-Bahan :

  • Seekor Ayam (potong 4 bahagian)
  • 5 ulas Bawang putih
  • 2 biji Bawang besar
  • 2 inci Halia
  • 3 batang Serai
  • Sedikit Cili kisar
  • 1sudu Serbuk kunyit
  • 1 ketul Gula kerek
  • Sedikit Garam
  • Santan kotak
  • Madu


Cara-cara memasaknya :

  1. Blender bawang besar, bawang putih, halia dan serai.. Tumis bahan blend tadi.

  2. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, gula kerek dan garam.

  3. Masak seketika.. Ambil ayam masukkan dalam kuah tadi.

  4. Siram ayam dengan kuah sambil tu kelar-kelar/tikam-tikam ayam tadi supaya kuah meresap ke dalam isi ayam.

  5. Bila ayam sudah separuh masak, angkat dan bakar ayam tersebut.

  6. Terpulanglah la nak bakar menggunakan arang ka, oven ka atau pemanggang ajaib ka.. Bakar sehingga garing.

  7. Lebihan kuah tadi, masukkan santan dan madu.. Masak sehingga pekat.. Ambil kuah tadi siram ke atas ayam. 

Sumber : dapurcheda

resepi-ayam-percik

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer