𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗨 𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗗𝗚𝟰𝟭 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗢𝗡𝗘-𝗢𝗙𝗙 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭

spp-dg41

Keputusan temu duga ini khas bagi calon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off bagi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 yang telah menerima keputusan “Calon Perlu Mengemukakan Dokumen Sebelum 15 Disember 2021” dan “Tertakluk Kepada Kelulusan Mesyuarat Suruhanjaya”.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan berikut : SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA 

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.


TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

1. Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. 

2. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. 

3. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

4. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat guru@spp.gov.my.

5. Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.


Sumber : Facebook SPP