Aneka Resepi Kek Viral Untuk Jualan

resepi-kek-viral-untuk-jualan


1. RESEPI COKLAT VELVET HORLICK MOIST CHEESE LELEH 


Bahan-Bahan : A (Sukatan untuk 20-25 box)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1sb cuka masakan
  • 1 sk emolco coklat
  • biarkan 10 minit.. 5 biji telur
  • 1 sb ovalate
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk emulco red velvet
Mix semua bahan diatas hingga kembang dan gebu.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1 sk garam halus
  • 1 sk baking powder
Kesemua bahna diayak bersama. Ketepikan.

  • 1 cawan majerin cair
  • 1/2 cawan susu segar + cuka tadi (A)

Masukkan bahan ini ke dalam mixer, mix perlahan.

Matikan mixer dan masukkan tepung kacau lagi dan masukkan 1/2 cawan air panas kacau lagi bagi sebati.

Masukkan ke dalam acuan sebanyak 1/4

Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit guna api besar.

Jangan lupa tutup permukaan dengan wrapping plastic.

TOPPING
  • 500 gm cream cheese jenama tartura
  • 1/2 tin susu pekat 1cawan
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan whipping cream
Blender hingga sebati.

Tuangkan atas kek cucuk-cucuk pakai garfu

Ayakkan horlicks atas kek kemudian

Parut cheddar cheese dan tabur atas permukaan kek. Simpan di dalam freezer beku.

Sumber Resepi : Pakcu Kek



2. RESEPI GREENTEA CHEESE MELELEH 


Bahan-bahan A

  • 1sudu besar serbuk greentea flavour
  • sedikit air suam
Satukan dan kacau larut


Bahan-bahan diayak

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudukecil baking powder
  • 1/2 sudukecil soda bikarbonat
  • 1 sudukecil cream off tartar

Bahan dimix gebu C

  • 8 biji telur
  • 1 cawan 1/2 gula halus(180g)
  • 1sudubesar ovalate
  • bancuhan green tea tadi
  • pewarne hijau epal sedikit
Mix sampai gebu

Masukkan tepung sedikit demi sedikit

Dah sebati masukkan minyak masak 1/2 cawan (180g)

Dah sebati matikan mixer dan kacau guna tangan

Panaskan pengukus. Masuk dalam bekas sq 450. Kemudian, kukus 10 minit api besar

Apabila dah masak tebalikkan kek


TOPPING
  • 1sudubesar green tea bancuh sikit dengan air suam
  • 500g cream cheese
  • 2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan whiping dairy
  • 1/2 cawan susu segar

Blender semua kecuali green tea

Campurkan sedikit cheese dalam green tea untuk corak. Letak sedikit pewarne hijau

Tuang cheese atas kek dan tuang greentea untuk hiasan.

Sumber resepi : Azlina Ina Fans


3. KEK COKLAT MOIST CHEESE LELEH 

Bahan A

  • 1cawan serbuk koko
  • 1cawan susu cair
  • 1cawan susu pekat
  • 1cawan minyak masak
  • 1cawan gula


Bahan B (Diayak)

  • 1cawan setengah tepung gandum
  • 1sudu kecik baking powder
  • 1sudu kecik soda bikarbonat


Bahan C

  • Telur 3biji
  • ovelate 1sudu kecik

Blender telur dan ovelate. Taknak letak ovelate pun boleh je..kalau letak kek lagi gebu..

Campur kesemua bahan A panaskan atas api kacau hingga larut sebati je dan tutup api

Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A gaul sebati

Panaskan kukusan. Kukus dalam loyang 40minit ke 1jam nak kukus dalam bekas kecil-kecil pun boleh


Topping Cheese Leleh

  • 250gm cream cheese tatura
  • 1/4cawan susu cair (kalau nak topping lagi meleleh boleh guna 1/2 cawan susu cair)
  • susu pekat 4@5sudu besar

Campurkan kesemua blender hingga sebati

Tuang topping ke atas kek yang dah sejuk. Kemudian, parut keju cheddar

Sumber Resepi : Raja Amanina


4. RESEPI MINI CHEESECAKE

Bahan-bahan (Base) 

  • 3 cup biskut marie - kisar halus
  • 1/2 cup butter - cairkan

Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekantekan bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.


Kek keju

  • 250gm cream cheese
  • 2 bj telur
  • 1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)
  • 1/2 sb jus lemon
  • 1 1/2 sb tepung gandum


Putar cream cheese dan gula. Masukkan telur dan putar. 

Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan. 


Sumber resepi : Wan Suryana


5. RESEPI CUPCAKE COKLAT (GUNA BLENDER)

Bahan A (Diayak)

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Baking powder 1 sudu teh
  • Soda bikarbonat 1 sudu teh

Bahan B

  • Minyak masak 1 cawan
  • Serbuk Koko 1 cawan
  • Susu pekat 1 cawan

Kacau bagi sebati. Hilang ketulan serbuk koko tu ye


Bahan C

  • Telur gred B@A 2 biji
  • Air sejuk Dr peti sejuk 1 cawan
  • Gula 3/4 cawan
Blender bagi hancur gula. Anggaran 3 ke 4 minit.

Seterusnya, campurkan bahan A dan B ke dalam Bahan C. Kacau sebati ye. Masa ni nak tambah badam boleh masukkan sekali. Lemak-lemak sedap

Boleh masukkan dalam loyang atau cup kecil. Bakar suhu 160/masa 40minit. Ikut oven masing-masing.

Kukus api besar dalam 50 minit. Kalau tak masak boleh panjangkan sikit masa.



6. RESEPI KEK RED VELVET CORNETTO

Bahan A
  • majerin di cair kan sukat 1 cawan

Bahan B
  • 1 cawan susu segar
  • 1sb cuka masakan mak guna jalen atau hilal
  • 2sb pewarna merah serbuk
  • 1 sk soda bikarbonat
Satukan semua dan biarkan selama 5 minit.


Bahan C

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sb ovalate
  • 2sk esen vanila
Mix sampai kembang gebu


Bahan D (Diayak)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk baking powder
  • 1/2 sb serbuk koko

Okay dah kembang telur tadi slow kan mixer. Kemudian, masukkan B ke dalam C sampai habis ya

Baru tambah bahan A sikit-sikit sampai habis.

Akhir sekali, masukkan bahan D sampai habis

Kukus sq 450 dalam 10 minit.


Topping
  • 300g dark compound beryls
  • 2sb majerin
  • 2 cawan whipping dairy

Masuk loyang dan masuk oven atau pengukus

Whiskan dan tambah 3 sb nutella hazel kacau rata biarkan 1 jam

  • 500g cream cheese
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan whipping dairy
  • 1 cawan 1/2 susu segar
Blender sebati kemudian tuang atas kek dan sejuk beku kan kek

Keluarkan tuang ganace lorek nutella dan tepi-tepi crumble dari lebihan kek red velvet itu sendiri


Sumber Resepi : Azlina Ina Fans




Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat