Jawatan Kosong di Institut Pendidikan Guru (IPGM, KPM)

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru.

jawatan-kosong-ipg-kpm-2022

KEKOSONGAN JAWATAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KPM

Jawatan kosong bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) :

1. Pensyarah (DG44/48/52)
2. Jurulatih Kokurikulum (DG44/48/52)
3. Pegawai Pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM (DG41/42/44)

Tarikh Akhir Permohonan 25 Feb 2022


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di alamat https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 8 Februari 2022.

2. Pemohon perlu melengkapkan permohonan dalam talian, mencetak borang permohonan daripada sistem dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN.

3. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Sila sertakan semua salinan dokumen/ sijil (perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional - Kumpulan A) seperti berikut: 

a. Resume terkini; 
b. Kad Pengenalan; 
c. Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini; 
d. Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD); 
e. Sijil-sijil Kokurikulum/ Penglibatan NGO; 
f. Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada); 
g. Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan;


Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima sebelum atau pada 25 Februari 2022 (Jumaat) ke alamat berikut : 

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan
63000 Cyberjaya, Selangor

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga boleh disemak menerusi https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 28 Mac 2022 (Isnin).

Sumber : portalmalaysia (Iklan Penuh)


Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia atau hubungi talian 03-8312 6666/ 6644/ 6613.