Permohonan Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Permohonan Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM)

JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI SAHAJA)


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat permohonan :-

a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online
c) Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau ;

ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut ;

a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
d) Perniagaan;
e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
f) Teknologi Kejuruteraan Marin


iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];

iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02]



d) Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;

ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).


DIKSKRIPSI TUGAS :-

  • Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

  • Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

KELAYAKAN GAJI
  • Gaji Minimum : RM 1,441.00
  • Gaji Maksimum : RM 4,152.00
  • Kadar Gaji Tahunan : RM 105.00
  • Elaun Tetap Perumahan : RM 300
  • Elaun Cola : RM100 - RM 350
  • Elaun Khidmat Awam : RM 115
  • Elaun Khas PDRM : RM 200
  • Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
  • Elaun Kasut : RM 300
  • Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DENGAN MEMENUHI SEMUA SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN PADA TARIKH SEPERTI BERIKUT :

PERMOHONAN DIBUKA BERMULA : 2 OGOS 2021 HINGGA 15 OGOS 2021

Cara Memohon klik link e-Pengambilan PDRM 




0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama