Resepi Congo Bars Sedap dan Mudah


Resepi Congo Bars Sedap dan Mudah

Semalam teringin nak makan Congo Bars. Selalu beli jer, check bahan-bahan utama semua ada, apa lagi terus buat. Mudah sangat resepinya. Jom kita buat~

Bahan-bahan
  • 150gm Butter
  • 250gm Gula perang
  • ½tsp Esen Vanilla
  • 3 biji Telur
  • 320gm Tepung (Gandum/Self Raising)
  • 2 sudu kecik baking powder (kalau pakai tepung gandum)
  • 200gm Coklat Chip/Coklat Bar
  • 50 gm Almond flake
Hiasan
  • Coklat Chip
  • Almond flake
Cara Membuatnya

1. Gula dan Butter mix sebati (gula kurangkan sikit kalau tak nak manis). Nak guna mixer pun boleh, Kacau guna senduk ja pun boleh.

2. Masukkan telur sebiji, kacau sebati. Masuk telur kedua, kacau sebati dan yang ketiga, kacau sebati.

3. Masukkan esen vanilla dan secubit garam. Kalau tak suka bau vanilla, letak sikit jer. Untuk kurangkan bau hanyir telur.

4. Lepas tu masuk tepung yang sudah ditapis/ayak. Guna tepung naik sendiri, tak payah letak baking powder.

5. Masukkan coklat chip dan coklat bar (letak coklat coins)

6. Kacau sebati kejap je, kalau lama nanti coklat tu hancur.

7. Last masuk loyang, tabur coklat chip dan almond.

8. Masa untuk bakar 150°c selama 45minit. Ikut suhu oven masing-masing. Loyang 9x9. Tapi kat rumah takde loyang tu. So guna 8x8 tebal la sikit congo bar. Suhu buat 160°c. Kalau suka garing, boleh tambah masa lagi..


Kredit : Nik Nur Amirah


Resepi Congo Bars Sedap dan Mudah