5 TIPS SEBELUM MEMBELI RUMAH PERTAMA


Rumah merupakan salah satu keperluan wajib bagi manusia bahkan haiwan/binatang juga memerlukan tempat tinggal. Memiliki rumah sendiri merupakan idaman dan impian kita semua. 


Setiap orang perlukan rumah yang selesa dan aman kerana keselesaan  dan keselamatan rumah sangat memberi kesan kepada perubahan emosi kita. 


Dalam artikel ini, hamba yang hina ini ingin berkongsi sedikit ilmu asas tentang panduan membeli rumah pertama yang perlu kita wajib tahu dan hadam sebelum kita nak membeli rumah pertama ataupun seterusnya.


TIPS 1 : FAHAMI PROSES PEMBELIAN HARTANAH

Dalam setiap bidang tentu ada terms ataupun istilah yang diguna pakai. Sebagai contoh anda ingin melabur dalam saham, maka ada istilah-istilah dalam saham yang wajib anda tahu dan hadam. Kerana jika anda tidak memahami konsep saham dan istilah yang digunakan maka pelaburan anda tidak akan membuahkan hasil. Anda pun akan mula berasa depress dan stress. 


Begitu juga dalam pelaburan hartanah atau rumah. Pembelian hartanah atau rumah mempunyai proses yang sangat banyak. Namanya pun pelaburan jangka masa panjang. Jadi anda perlu dan wajib faham proses pembelian rumah. 


Antara perkara yang wajib anda hadam:

1. Subsale 
2. Lelong 
3. Down-payment 
4. Proses guaman: Sale & Purchase Agreement (Penjual & Pembeli), Loan Agreement(Bank), Deed of mutual agreement 
5. Klaus-klaus dalam perjanjian untuk elak kena scammed. 
6. Jenis-jenis Loan: Fixed Rate Loan, Basic Term Loan, Islamic Financing, Semi-Flexi Loan, Full-Flexi Loan 
7. Vacant Possesion - Serahan Milikan Kosong


TIPS 2 : BELI HARTANAH SESUAI BAJET


Setiap benda perlu ada bajet yang mencukupi agar anda tidak terbeban dengan hutang. Beli handphone pun kena ada bajet yang cukup. Nak beli Iphone tapi takde bajet tak boleh beli juga walaupun tangan tu dah gatal-gatal dah nak pegang dan pakai Iphone. 


Pembelian hartanah rumah juga perlukan bajet yang sesuai dengan pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh, kalau anda bergaji RM1000 anda ada potensi untuk dapat loan RM100K. Kalau anda bergaji RM5K anda berpotensi dapat loan RM500K. 


Dengan syarat rekod CCRIS anda bersih. Jangan lupa juga buat kajian tentang jenis-jenis rumah yang ada di pasaran. Sesuaikan design rumah tersebut dengan bajet anda. Jangan beli rumah mahal hanya kerana anda minat dan suka dengan rumah tersebut. Fikirkan segala faktor juga.


Kalau anda ingin mengira bajet dan rumah yang anda mampu beli dengan gaji yang ada anda dengan pantas dan tepat anda boleh layari laman web ini https://www.mortgagecalculator.uk/ 


Laman web ini membantu anda untuk mengira rumah bernilai berapa yang anda mampu beli berdasarkan bajet anda. 

TIPS 3 : TAMBAH PENDAPATAN

Keadaan ekonomi Malaysia kini memerlukan anda mencari dan menambah side-income untuk menampung kehidupan dan keinginan yang ingin dicapai.  Sebagai contoh anda membeli rumah RM300K dengan gaji RM2K, anda perlu ada pendapatan sekurang-kurangnya RM3K-RM4K sebulan. Tapi dengan syarat side-income anda itu kena ada slip untuk memudahkan anda lulus pinjaman. 


TIPS 4 : FAHAMI RAHSIA DAN PROSES PASTIKAN LOAN SENTIASA LULUS

Proses pinjaman bank ada rahsia dan taktik yang perlu anda pelajari dan kaji. Ini sangat-sangat penting untuk anda pakar supaya Loan anda sentiasa lulus. Loan ini sangat-sanagt penting supaya kita dapat melabur dan membeli hartanah rumah. Pelaburan hartanah rumah ini merupakan pelaburan jangka panjang . Jadi perlu guna konsep other's people money. 


Mengikut pendapat Faizul Ridzuan antara perunding hartanah yang famous di Malaysia ini, katanya kalau nak melabur hartanah pakai duit cash lebih baik cari pelaburan lain. Sebabnya pelaburan hartanah ini memerlukan minimum 10 tahun pelaburan. 


TIPS 5 : PERSEDIAN MENTAL KERANA MINIMUM PELABURAN HARTANAH 10 TAHUN

Pelaburan hartanah ini memerlukan jangka panjang untuk dituai hasilnya maka tidak seharusnya melabur hari ini esoknya terus dapat hasil. Mental anda perlu bersiap sedia dengan perubahan-perubahan ekonomi semasa kerana akan memberi kesan kepada harga hartanah anda. 


Dengan terlibat dalam pelaburan hartanah rumah atau membeli rumah anda perlu bersedia memberi komitmen bayaran setiap bulan selama sekurang-kurangnya 10 tahun. Anda perlu menjawap persoalan bolehkah beli rumah sekarang? Sebelum ada melangkah ke langkah yang seterusnya agar mental dan emosi anda terjaga.


Berkata Faizul Ridzuan sekiranya anda tidak sanggup melabur rumah selama 10 tahun maka carilah pelaburan lain. Hal ini kerana pelaburan hartanah memerlukan sekurang- kurangnya 10 tahun tempoh. 


10 tahun atau lebih adalah jangka masa yang sangat penjang dan melelahkan dengan perubahan ekonomi yang sentiasa berubah-rubah. Maka anda perlu siap mental dan paling penting ilmu hartanah anda pelu ada gilap setiap masa.

Semoga artikel yang sederhana ini dapat memberi manfaat buat anda bakal pemilik rumah.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama