Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Ramai majikan yang mengalami masalah dalam urusan permohonan PSU. 

Ada yang lambat menerima bayaran dan ada sesetengah majikan yang ingin mengemaskini permohonan mereka kerana mungkin ada kesilapan atau majikan tidak memenuhi prosedur dokumen sokongan. 

Jangan risau, majikan, wakil majikan atau yang berkenaan boleh buat aduan dan sekaligus mengemaskini secara lansung kepada pihak PERKSEO menerusi sistem e-Aduan SIP untuk mengetahui status perkembangan permohonan anda.


CARA BUAT ADUAN PSU SECARA ONLINE :

1. Taip aduan Psu online, klik search dan anda akan melihat senarai pautan link yang berkenaan.

Senarai carian yang paling atas adalah link rasmi untuk membuat aduan berkenan PSU. Anda boleh klik pada link “Aduan Permohonan: Welcome”.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

2. Setelah anda memasuki pautan link tersebut, anda secara automatik akan masuk ke laman web aduan tersebut. Di situ, anda perlu klik ke bahagian Program Subsidi Upah.   

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

3. Setelah anda klik pada butang tersebut, anda akan melihat banyak pilihan yang dikehendaki bergantung pada urusan anda. Bagi anda sebagai majikan atau mewakili majikan anda mengurus permohonan PSU sebelum ini, boleh klik pada butang Majikan / Wakil Majikan.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

4. Setelah itu, majikan / wakil majikan dikehendaki mengisi setiap butiran wajib dan dikehendaki. Butiran yang ditandai bintang wajib diisi. Isi pada butiran Nama Pengadu.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

5. Isi pada butiran nombor Nombor Kad Pengenalan.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online
 

6. Isi pada butiran Nombor Telefon

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

7. Isi pada butiran Alamat Emel

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

8. Isi pada butiran Nama Majikan / Syarikat / Organisasi

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

9. Isi pada butiran Kod Majikan

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

10. Isi pada butiran Jenis Aduan, anda boleh pilih pada jenis aduan yang ingin lakukan. Sebagai contoh, admin akan pilih Program Subsidi Upah 3.0 ( PSU 3.0 )


Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

11. Jangan lupa isi pada butiran No Rujukan bagi permohonan yang dinyatakan pada soalan 7, agar memudahkan pihak perkeso membuat rujukan permohonan anda.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

12. Bahagian butiran Isu Aduan, pengadu boleh memilih lebih dari satu kes/isu mengenai masalah pada permohonan anda sebelum ini.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

13. Jika pilihan anda seperti yang dinyatakan pada butiran ini, anda dikehendaki / wajib isi pada butiran ini. Sekiranya tidak, tidak perlu diisi. Pastikan semua butiran yang berkenaan dengan isu aduan anda diisi lengkap dan betul. Pastikan dokumen sokongan yang diperlukan jelas dan sahih.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online


Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

14. Jika anda ingin menyatakan butiran aduan, sila nyatakan dengan terperinci ( nombor 18 ).

15. Bagi butiran nombor 19, jika sebelum ini anda juga pernah buat aduan mengenai permohonan ini, juga perlu nyatakan untuk rujukan pihak Perkeso.

16. Untuk Nombor 20, dokumen sokongan diperlukan sekiranya sebelum ini pihak Perkeso memerlukan butiran syarikat daripada majikan atau juga sebagai bukti lampiran.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

17. Sila Tick pada ruangan segi empat butiran Deklarasi sebagai tanda aduan ini adalah berdasarkan pada maklumat yang benar dan sahih. Wajib ditanda seblum Hantar.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online
 

18. Tekan “Hantar”. Sebelum menekan butiran Hantar, semak semula dan pastikan segala maklumat yang diisi betul dan sahih.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

19. Setelah menekan butiran Hantar, anda akan mendapat notifikasi bahawa aduan anda telah dihantar. 

Berikut adalah bukti bahawa aduan anda telah diterima dan nombor rujukan yang diberi adalah nombor aduan yang perlu anda rujuk untuk mengetahui perkembangan status aduan anda tadi

Sila catat dan simpan Nombor Rujukan tersebut untuk semakan status aduan anda.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Anda juga boleh mendapatkan link E-Aduan SIP menerusi laman web Prihatin Perkeso 

Semoga Membantu!

Post a Comment

2 Comments

  1. Banyak majikan terkesan, nk bayar gaji pun tak lepas. Semoga PSU ni dapat membantu.

    ReplyDelete