4 Resepi Apam Simple Dan Sedap





4 Resepi Apam Nasi Simple Dan Sedap 


1. RESEPI APAM POLKADOT

Sumber : Jalilah JJ

BAHAN - BAHAN :
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu teh ovallete
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 275 g tepung selfraising
  • 200 ml susu cair
  • 2 sudu teh minyak jagung/ masak
  • Pewarna mengikut kegemaran
  • Filling secukupnya (Strawberry/blueberry/choc)

CARA - CARA :

1. Satukan telur, gula, ovallete dan esen vanilla. Putar dengan mixer hingga gebu dan ringan lebih kurang 1/2 jam.

2. Masukkan tepung secara selang seli dengan susu cair hingga habis, mix hingga sebati.

3. Masukkan minyak dan gaul sebati.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna kegemaran.

5. Masukkan ke dalam beg plastik, gunting hujung.

6. Picit adunan hingga 1/2 bahagian papercup.

7. Picitkan pula filling. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh papercup.

8. Dot dotkan dengan warna yang berlainan.

9. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.



2. RESEPI APAM PISANG COKLAT MILO

Sumber : Resepi Enak


BAHAN - BAHAN :

BAHAN A
  • 1 1/3 cawan tepung gandum, ayak
  • 1 sudu teh baking powder, ayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat, ayak
  • 1 sudu makan milo
  • 1 sudu makan serbuk koko, ayak
  • 1 sudu teh garam

BAHAN B
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan pisang lenyek

HIASAN

Coklat chip - untuk ditabur bahagian atas


CARA - CARA :

1. Pukul bahan B kecuali pisang dengan pemutar belon ( hand whisk ) hingga sebati.

2. Masukkan pisang dan gaul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan A, gaul hingga rata.

4. Sediakan cawan kertas, isikan 3/4 sahaja dan taburkan coklat chip.

5. Panaskan pengukus hingga air mendidih dan kukus adunan 15-20 minit. Bila dah masak, buka penutup kukus dan biarkan 2 minit supaya permukaan kering.




3. RESEPI APAM SUSU

Sumber : Resepi Enak 


BAHAN - BAHAN :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu ovelet
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • Esen vanilla ( ikut suka )
  • Pewarna ikut suka

CARA - CARA :

1. Blend segala bahan sehingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum, blend hingga sebati.

3. Bahagi adunan campur pewarna ( ikut suka ).

4. Tuang ke dalam acuan. Kukus selama 40 minit/sehingga masak. Biarkan sejuk baru keluarkan.




4. RESEPI APAM SUSU SANTAN KARA

Sumber : Paloma Dorantez Via Mahn


BAHAN - BAHAN :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 sb ovelet
  • 5 biji telur
  • 2 sb cuka masakan
  • 3/4 cawan gula pasir / 1 cawan gula pasir kalau suka manis
  • 4 sb susu pekat
  • 1/4 cawan kara atau apa saja santan kegemaran anda
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 cawan minyak masak


CARA - CARA :

1. Panaskan periuk kukus. Acuan dioleskan minyak dan diketepikan.

2. Satukan telur, ovelet, gula, esen vanila dan pukul sehingga kembang.

3. Masukkan tepung secara selang seli dengan santan, minyak, ulang sehingga habis. Masukkan cuka dan gaul sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian warna ikut warna kegemaran.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan ikut teknik tersendiri dan kukus selama 45 minit sehingga masak.


Post a Comment

0 Comments