Resepi Bubur Jagung Sedap Berlemak

Resepi Bubur Jagung Sedap Berlemak


Bahan-bahan:
  • Jagung
  • Air
  • Santan segar 500ml
  • Nisan Nira Kelapa 3 keping
  • Sedikit garam
  • 3 sb susu pekat
  • Sagu

Cara-Cara Penyediaan

1. First step buang kulit jagung, basuh & hiris. Hiris agak-agak jangan tebal sangat jangan halus sangat.

2. Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk & air tinggi dari paras jagung.

3. Ambil lebih kurang 2 senduk jagung dan sedikit air.

4. Kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung juga. Lepas tu tuang ke dalam periuk tadi.

5. Dan rebuslah semuanya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.

6. Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit.

7. Masukkan juga 3 sudu besar susu pekat. Kacau sedikit dan masukkan sagu yang sudah dikembangkan.

8. Siap untuk dihidangkan! Selamat Mencuba~


Kredit Resepi : Kak Wani