Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (Pegawai Personal MyStep)

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (Pegawai Personal MyStep)


Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Pegawai Personal MyStep di Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Kekosongan jawatan : Pegawai Personal MyStep

Lokasi bertugas : Jabatan Imigresen, Putrajaya


1. TEMPOH LANTIKAN : 3 Bulan
2. TARAF JAWATAN : Kontrak
3. KELAYAKAN MINIMUM: SPM

4. SYARAT LANTIKAN:

a) Warganegara Malaysia

b) Syarat Kelayakan:

i. Lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;

ii. Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan

iii. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan, Kewangan dan Teknologi Maklumat akan diberi keutamaan.


5. CARA MEMOHON

a) Pemohon dikehendaki menghantar resume (beserta gambar berukuran passport);

b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 September 2021 (Isnin), sebelum jam 12.00 tengahari.

c) Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama salinan SALINAN berikut:

i. Kad Pengenalan;

ii. Sijil SPM/ Diploma dan Ijazah; dan

iii. Dokumen sokongan yang berkaitan.


d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan 2 Minggu selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.

e) Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Saiful Rasydan Bin Selamat / Encik Abu Bakar Bin Idrus di talian 03-8880 1058 atau emel ke alamat berikut pengambilanhq@imi.gov.my