Roti Thai Yang Sedap dan Penuh Berkrim

Roti Thai Yang Sedap dan Penuh Berkrim


Bahan-bahan untuk roti :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu gula
  • 4 sudu marjerin
  • 1 cawan setengah air
  • 1 paket yis (11g)

Bahan-bahan untuk celup tepung :
  • Telur
  • Serbuk Roti

Bahan-bahan untuk inti
  • Bebola ayam - dilenyekkan
  • Sos Prego Carbonara
  • Lobak merah - potong dadu
  • Bawang merah dan putih - dikisar
  • Cili merah - hiris halus
  • Serbuk oregano
  • Serbuk parsley
  • Maggi Cukup Rasa

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan untuk membuat roti sehingga menjadi doh dan tunggu adunan mengembang.

2. Bentukkan doh menjadi bulat kecil

3. Apabila adunan telah naik sekali lagi, celupkan doh ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.

4. Goreng sehingga keperangan dan toskan minyak. Setelah sejuk, belah roti menjadi dua bahagian.

Cara menyediaan inti:

1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi.

2. Masukkan lobak merah dan juga bebola ayam. Tambah sedikit serbuk oregano.

3. Masukkan sos Prego dan secawan air.

4. Masukkan sedikit serbuk parsley serta cili merah dan Maggi Cukup Rasa. Setelah pekat, tutupkan api.

Kredit resepi dan gambar: Novelis Afieyza Isahak

Roti Thai Yang Sedap dan Penuh Berkrim


Post a Comment

0 Comments