Diet Sihat Untuk Masalah Kurang Berat Badan ( Kurus )



AMARAN!
Apabila seseorang kehilangan berat badan tanpa sebab yang jelas, kajian perubatan yang lengkap perlu dijalankan untuk mengenalpasti punca dan untuk membuang sebarang proses malignan.


PUNCA
Punca kehilangan berat badan yang paling lazim adalah gangguan pencernaan, penyakit febril, parasit usus, aktiviti fizikal yang berlebihan atau tidak berkadaran dengan jumlah makanan yang diambil, dan gangguan hormon seperti hipertiroidisme.


DIET
Untuk menaikkan berat badan semula, diet harus memenuhi tiga syarat ini:

  1. Diet itu harus menyediakan kalori yang cukup dalam bentuk karbohidrat. Dengan cara ini badan boleh menggunakan protein makanan untuk mensintesiskan protein baru. Jika kalori tidak cukup dalam makanan, badan akan menggunakan protein untuk tenaga dan bukan untuk tisu badan.
  2. Diet harus menyediakan bekalan kumpulan vitamin B yang cukup yang penting untuk metabolisme karbohidrat, untuk menukarkannya kepada tenaga.
  3. Diet harus mengekalkan nisbah kalori yang betul dari tiga nutrien tenaga: karbohidrat ( 60% ), lemak ( 30% ), dan protein ( 10% ).

Dengan matlamat mengambil kalori sebanyak yang mungkin, makanan berkepekatan tinggi yang juga kaya dalam vitamin B juga disyorkan.


TINGKATKAN PENGAMBILAN :

Germa gandum - Germa gandum dan minyaknya meningkatkan keadaan fizikal dan daya tahan terhadap keletihan

Bijian penuh -  Serat di dalam bijian penuh mempercepatkan pergerakan makanan melalui usus. Ia juga menahan dan membuang bahan-bahan karsinogenik yang mungkin ada di dalam saluran penghadaman, seterusnya menyingkirkan bahan-bahan itu melalui najis. Bijian juga mengandungi fitat yang bertindak sebagai antikarsinogen, walaupun ia juga mengurangkan zat besi dan zink.


Oat - Menyeimbangkan saraf dan menurunkan kolesterol. Karbohidrat adalah paling menonjol dalam oat seperti Kanji dan produk uraiannya ( Dekstrin, Maltosa dan Glukosa ), Fruktosa, Musilaj, dan serat tumbuhan. Oat juga mengandungi protein dan lemak ( asid lemak, avenasterol, lesitin )


Gandum - Sebiji gandum, terbentuk daripada bran atau perikarp, endosperma dan germa adalah makanan yang hampir penuh, yang mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan kecuali yang berikut; Provitamin A ( Beta Karotena ), Vitamin C dan Vitamin B12, sama seperti kes semua makanan berasaskan tumbuhan yang lain.


Legum - Secara amnya, legum melindungi daripada kanser kerana kekayaannya dalams serat dan fitokimia antikarsinogenik seperti asid fitik dan fitat.


Kacang Berangan - Mencergaskan otot. Salah satu sumber semulajadi yang paling kaya dalam karbohidrat, yang hanya boleh ditandingi oleh legum dan bijian. Buah ini juga bertindak sebagai tonik otot, pengalkali, astrigen dan galagtagog ( agen yang menggalakkan pengaliran susu ). Juga sumber kalori, vitamin dan mineral yang baik yang diperlukan untuk pertumbuhan rangka otot remaja.


Ubi kentang - Sahabat baik kepada perut. Sumber vitamin C yang baik, walaupun sesetengah daripada vitamin hilang semasa proses memasak. Jumlah vitamin C yang hilang pada kadar yang paling sedikit apabila ia dikukus dan paling banyak apabila digoreng. Membantu konsistensi fizikal; tekstur ubi kentang yang lembut mengurangkan kerja keras pencernaan di dalam perut dan memberikan rehat yang relatif. Mengatasi masalah pencernaan, penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang, diabetes, gangguan perut dan obesiti.


Biji bunga Matahari - Melawan arteriosklerosis. Biji bunga matahari hampir tidak ada vitamin A dan C sama sekali. Tetapi ia adalah salah satu sumber vitamin E yang paling tinggi ( 2 kali ganda daripada kacang badam ) dan vitamin B1 yang kaya ( hanya dapat diatasi oleh yis pembru ), kaya dengan mineral magnesium, zat besi, kalsium dan fosforus. Antara makanan penuh zat yang paling berkhasiat yang ditawarkan oleh alam semulajadi, khususnya dalam lemak, mineral dan vitamin B1 dan E. Walaupun dengan semua kekayaan nutrisi ini, ia mudah dihadam asalkan ia dikunyah betul-betul.


Buah Ara - Melegakan saluran bronkus dan mencergaskan badan. Buah ara kering menyimpan kebanyakan daripadanya nutrien kecuali vitamin E dan C yang boleh dikatakan hilang. Kesan perubatan buah ara kering ke atas laluan bronkus dan saluran pencernaan adalah lebih tinggi daripada buah ara segar. Memenuhi keperluan nutrien bagi kes anemia atau keletihan yang berpunca dari fisiologi atau psikologi. Baik untuk wanita hamil atau yang menyusui bayi, para remaja dan mereka yang terlibat dalam aktiviti fizikal ( atlet ) atlet atau aktiviti psikologi ( pelajar ).


Buah Sukun - Pulpa buah sukun yang segar adalah kira-ira 70% air, tetapi apabila ia kering komposisinya adalah sama seperti tepung gandum. Tepung gandum mengandungi lebih banyak protein tetapi kurang lemak, mineral dan vitamin berbanding buah sukun. Nutrien yang paling banyak di dalam buah sukun ialah kanji yang membentuk sebahagian besar daripada karbohidratnya, sama seperti dalam kes tepung gandum. Semasa proses pencernaan, kanji perlahan-lahan ditukar menjadi glukosa, yang merupakan sumber tenaga yang paling penting bagi sel-sel badan.




( Inilah bijian yang menghasilkan tenaga paling tinggi, dan merupakan salah satu makanan paling mudah dihadam dan diserap kerana musilaj terkandung melegakan salur cerna. )





Sumber info :
Buku Makanan Sihat, George D. Pamplona-Roger, M.D. ISBN : 978-84-7208-449-0