[ LIRIK LAGU ] Amanat Dari Kampung by Ampal


AMANAT DARI KAMPUNG BY ABU BAKAR ELLAH @ AMPAL
( Lirik Lagu )



Ku baru balik dari kampung
Bawa amanat berkarong karong
Amanat dari orang kampung
Untuk mereka yang lupa kampung

Hidup di kampung aman damai
Susah senang ramai ramai
Bekerjasama bergotong royong
Jadi amalan hidup sekampung


Oh....
Orang bandar kami perlu
Tuan tolong membangunkan kami
Hai orang kampung...

Ini amanat dari kampung...
Ini amanat dari kampung...


Orang kampung memang pemalu
Punya sikap rendah diri
Orang bandar perlu bantu
Sedarkan mereka jangan begini

Intai kami walau sebentar
Seandai alpa mungkin kan sedar
Bolehlah tolong diuar-uar
Hidup di kampung yang ala kadar


Oh...
Orang bandar kami perlu
Tolong-menolong supaya hidup
Jangan terpesong

Sekadar pesan orang kampung...
Sekadar pesan orang kampung...


Orang bandar hilang asas
Pergaulan tidak terbatas
Kau kaulah
Aku akulah
Asal usul pun sudah lupa

Hidup di bandar memang seronok
Ada yang baik banyak yang buruk
Usia muda cepat nyanyuk
Paling ramai jadi penyibuk


Oh...
Orang bandar kita perlu
Tolong-menolong supaya hidup
Jangan terpesong

Sekadar pesan orang kampung...
Sekadar pesan orang kampung...


Ini amanat dari kampung...
Ini amanat dari kampung...

Ini amanat dari kampung...
Ini amanat dari kampung...
Ini amanat dari kampung...
Ini amanat dari kampung...





TONTON JUGA : Koleksi Lagu Sabah

Post a Comment

0 Comments