Resepi Puding Casablanca Mudah dan Sedap

 

Puding Casablanca 


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
  • 7 biji telur
  • 3 bungkus agar-agar plain
  • 100 gr marjerin dicairkan
  • 200 gr tepung gandum
  • 100 ml susu pekat manis
  • 350 gr gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 sdm serbuk koko ( letak sedikit air )
  • 1/2 sdt esen vanila


CARA PENYEDIAAN :
  1. Masak agar-agar, air dan separuh gula pasir kacau hingga mendidih. Sejukkan dan ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk lain, pukul baki gula tadi bersama telur hingga mengembang. Masukkan telur sambil terus di mixer kelajuan rendah. Kemudian, masukkan tepung gandum dan esen vanila. Kacau hingga rata dan masukkan marjerin cair. Gaul semula hingga rata.
  3. Kemudian, tuang agar-agar yang telah dimasak tadi ke dalam adunan telur. Kacau rata.
  4. Bahagikan adunan 1/3 dari adunan dicampurkan dengan serbuk koko yang sudah ditambah air tadi. Baki 2/3 adunan biarkan putih.
  5. Sediakan loyang 22 x 22cm yang sudah disapukan marjerin. Tuangkan adunan secara berperingkat.
  6. Tuang separuh dari adunan tadi untuk lapisan bawah loyang. Biarkans sebentar hingga bahagian atas sedikit mengeras. Kemudian terakhir, tuangkan lapisan putih yang terakhir.
  7. Panggang dalam oven dengan suhu 180 darjah selsius selama 35 minit.
  8. Setelah masak, angkat puding biarkan sejuk sebentar dan masukkan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, keluarkan dan potongkan kepada belahan kecil. 



Sedia untuk dinikmati!  



Kredit to : Apa Kau Rasa

Post a Comment

0 Comments