Resepi Seri Muka Pandan Menu Minum Petang


Resepi Seri Muka Pandan Menu Minum Petang
Seri Muka Pandan

LAPISAN BAWAH :
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat ( sukat ikut aras pulut ) 
  • Sedikit garam
  • Loyang 8 x 8 atau 9 x 9 inci oles minyak dan alas dengan plastik jernih

CARA - CARA :
  1. Basuh bersih beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam, toskan ( saya tak rendam sebab guna pulut susu )
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit api besar.
  3. Tekan pulut yang telah masak tadi supaya rata dan padat, cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu, ketepikan.

LAPISAN ATAS :
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 cawan air pandan ( saya guna 3 helai daun pandan, kisar bersama 1 cawan air )
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur ( saya guna saiz A )
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau epal dan beberapa titik pewarna kuning lemon 

CARA - CARA :
  1. Dalam satu bekas, campurkan semua bahan-bahan, kacau rata dengan whisk sampai adunan sebati dan pastikan tidak ada tepung yang berketul, kemudian tapis. Masak adunan di atas api perlahan sehingga naik wap saja.
  2. Tuang adunan atas lapisan pulut yang telah masak tadi, kukus selama 30 minit api sederhana besar.
  3. Jika selepas masak, terdapat air wap bertakung atas permukaan, angkat lengat ke tepi periuk sendengkan supaya air wap dalam loyang jatuh ke dalam periuk.
  4. Atau kukus tanpa penutup selama 5 - 8 minit, sampai air kering,boleh juga guna tisu dapur untuk serap air.
  5. Nak dapatkan permukaan kuih yang cantik dan licin kenalah rajin lap bawah penutup kukusan.
  6. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih
  7. Balut penutup periuk dengan tuala bersih ( Saya tak balut sebab saya rajin lap )

Resepi Seri Muka Pandan Menu Minum Petang

Resepi Seri Muka Pandan Menu Minum Petang

Resepi Seri Muka Pandan Menu Minum Petang

Kredit to : Nawar Azhar





BACA JUGA:

Post a Comment

0 Comments