Jawatan Kosong Pembantu Tadbir GredN19 Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Pembantu Tadbir GredN19 Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir GredN19 Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR GRED N19

  • Kadar Upah : RM 54.00 (sehari). Dibayar mengikut jumlah hari bekerja.
  • Tempoh Perkhidmatan : Tiga (3) bulan.
  • Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan.


1. SYARAT KELAYAKAN:

i. Warganegara Malaysia berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan;

ii. Calon hendaklah memiliki Gred A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Gred B dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

iii. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.

iv. Mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft Power Point

v. Calon yang berjaya diterima masuk dan bersetuju menerima tawaran tidak mempunyai perancangan untuk berhenti dalam tempoh masa 3 bulan.


2 . WAKTU BEKERJA:

  • Ahad – Rabu : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
  • Khamis : 8:00 pagi hingga 3:30 petang

3. CARA MEMOHON:

i. Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

a. Curriculum Vitae (CV);

b. Borang permohonan yang telah lengkap berserta gambar berukuran pasport;

c. Salinan Kad Pengenalan;

d. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), salinan sijil tamat pengajian dan salinan sijil-sijil lain yang berkaitan.


Borang permohonan boleh dicetak di capaian berikut :

Semua permohonan hendaklah dihantar melalui melalui e-mel kepada norshalizas@utm.my

Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap. Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak diproses.


4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2021


Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat e-mel berikut :
  • E-mel : norshalizas@utm.my (Puan Norshaliza Saparman)

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama